Saturday 22 October 2011

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN

BAHASA MELAYU
Tarikh : 13 Oktober 2011
Hari : Jumaat
Masa : 7:45 – 8:45 pagi
Kelas : 5 Cemerlang
Tema : Sukan
Tajuk : Semangat Berpasukan
Fokus Utama : 8.1 Aras 2
Membina ayat tunggal dengan peluasan subjek dan predikat.
Fokus Sampingan : 5.1 Aras 1
Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:
1. Membina sekurang-kurangnya lima ayat tunggal dengan betul.
2. Menjawab tiga daripada lima soalan kefahaman dengan betul.
3. Membaca dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.
Sistem Bahasa : Ayat tunggal
Kosa kata : keluarga, menetap, bilangan, bahagia, penyayang ...
Pengisian kurikulum : Ilmu-Kajian Tempatan
Nilai : Hormat-menghormati, kerjasama
Kemahiran Berfikir : Menjana idea
Kecerdasan Pelbagai : Kontekstual,interpersonal


Langkah  dan Aktiviti Pengajaran Pembelajaran

Set induksi ( 5 minit )
Pengenalan
- tunjuk objek sebenar
- murid sebut nama-nama objek yang ditunjukkan oleh guru satu-persatu
- murid menamakan objek dan nama permainan yang mengunakan objek tersebut

- guru meminta murid-murid membayangkan seperti mereka sedang bermain permainan bola sepak.
- guru kaitkan dengan pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan pada hari ini

Bahan Bantu Mengajar
Bola sepak
Bulu tangkis
Kayu hoki
Jaring

Langkah 1 ( 10 minit )
Membaca teks “ Semangat Berpasukan ”
- guru edar petikan kepada pelajar
- murid-murid membaca petikan secara senyap
- guru membaca teks diikuti semua murid
- guru meminta beberapa orang murid membaca petikan mengikut perenggan dengan sebutan dan intonasi 
   yang betul
- guru membetulkan sebutan murid-murid yang salah

Bahan Bantu Mengajar
Petikan


Langkah 2 ( 10 minit )
Lisan
- guru berbincang tentang petikan dengan murid-murid
- guru bersoal jawab dengan murid-murid tentang petikan
- guru meminta murid-murid menyatakan pengalaman mereka dalam permainan seperti bola sepak, hoki,
   badminton dan sebagainya
- guru catat pengalaman murid-murid di papan tulis dalam bentuk peta minda

Bahan Bantu Mengajar
Petikan
Buku tulis
Lampiran

Langkah 3 ( 10 minit )
Kefahaman
- guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid
- guru meminta murid-murid menjawab semua soalan kefahaman tersebut
- guru meminta murid-murid mencari jawapan berpandukan petikan
- guru membimbing murid-murid mencari jawapan
- guru berbincang sambil menyemak jawapan murid-murid

Bahan Bantu Mengajar

Petikan
Lembaran kerja


Langkah 4 ( 10 minit )
Ayat tunggal
- guru meminta murid-murid menggariskan ayat tunggal yang terdapat dalam petikan.
- guru membimbing murid-murid menggaris ayat tunggal yang terdapat di dalam petikan
- guru meminta murid-murid membaca ayat tunggal dengan sebutan yang betul
- guru mengedarkan kad ayat tunggal kepada murid-murid dan meminta murid-murid melekatkannya di
  dalam  buku tulis
Bahan Bantu Mengajar
Petikan
LCD
Kad ayat


Langkah 5 ( 10 minit )

Menulis Ayat Tunggal
- guru mengedarkan gambar tunggal kepada murid-murid
- guru meminta murid-murid membina dan menulis lima ayat tunggal berdasarkan gambar
- perkataan yang berkaitan dengan gambar diberikan untuk panduan murid-murid

Bahan Bantu Mengajar
Gambar tunggal
Perkataan
LCD


Penutup
( 5 minit )
Rumusan
- guru membuat rumusan dan berbincang dengan murid-murid tentang nilai murni
- guru meminta murid-murid menyatakan kebaikan bersukan
- guru meminta murid-murid menyebut ayat dengan bersopan

KBKK

Menjana idea

No comments:

Post a Comment