Monday 31 October 2011

Pidato

Pidato yang hebat perlu lengkap dari segi isi, adab iaitu perlakuan dan tutur kata yang sopan, data-data dan bukti yang tepat serta logik, bahasa yang baik dan tepat, intonasi, gaya, persembahan yang lancar dan meyakinkan, penampilan, kepetahan, keyakinan dan ketrampilan diri pemidato.

Lagu Asas Mengeja

Saturday 22 October 2011

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN

BAHASA MELAYU
Tarikh : 13 Oktober 2011
Hari : Jumaat
Masa : 7:45 – 8:45 pagi
Kelas : 5 Cemerlang
Tema : Sukan
Tajuk : Semangat Berpasukan
Fokus Utama : 8.1 Aras 2
Membina ayat tunggal dengan peluasan subjek dan predikat.
Fokus Sampingan : 5.1 Aras 1
Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:
1. Membina sekurang-kurangnya lima ayat tunggal dengan betul.
2. Menjawab tiga daripada lima soalan kefahaman dengan betul.
3. Membaca dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.
Sistem Bahasa : Ayat tunggal
Kosa kata : keluarga, menetap, bilangan, bahagia, penyayang ...
Pengisian kurikulum : Ilmu-Kajian Tempatan
Nilai : Hormat-menghormati, kerjasama
Kemahiran Berfikir : Menjana idea
Kecerdasan Pelbagai : Kontekstual,interpersonal


Langkah  dan Aktiviti Pengajaran Pembelajaran

Set induksi ( 5 minit )
Pengenalan
- tunjuk objek sebenar
- murid sebut nama-nama objek yang ditunjukkan oleh guru satu-persatu
- murid menamakan objek dan nama permainan yang mengunakan objek tersebut

- guru meminta murid-murid membayangkan seperti mereka sedang bermain permainan bola sepak.
- guru kaitkan dengan pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan pada hari ini

Bahan Bantu Mengajar
Bola sepak
Bulu tangkis
Kayu hoki
Jaring

Langkah 1 ( 10 minit )
Membaca teks “ Semangat Berpasukan ”
- guru edar petikan kepada pelajar
- murid-murid membaca petikan secara senyap
- guru membaca teks diikuti semua murid
- guru meminta beberapa orang murid membaca petikan mengikut perenggan dengan sebutan dan intonasi 
   yang betul
- guru membetulkan sebutan murid-murid yang salah

Bahan Bantu Mengajar
Petikan


Langkah 2 ( 10 minit )
Lisan
- guru berbincang tentang petikan dengan murid-murid
- guru bersoal jawab dengan murid-murid tentang petikan
- guru meminta murid-murid menyatakan pengalaman mereka dalam permainan seperti bola sepak, hoki,
   badminton dan sebagainya
- guru catat pengalaman murid-murid di papan tulis dalam bentuk peta minda

Bahan Bantu Mengajar
Petikan
Buku tulis
Lampiran

Langkah 3 ( 10 minit )
Kefahaman
- guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid
- guru meminta murid-murid menjawab semua soalan kefahaman tersebut
- guru meminta murid-murid mencari jawapan berpandukan petikan
- guru membimbing murid-murid mencari jawapan
- guru berbincang sambil menyemak jawapan murid-murid

Bahan Bantu Mengajar

Petikan
Lembaran kerja


Langkah 4 ( 10 minit )
Ayat tunggal
- guru meminta murid-murid menggariskan ayat tunggal yang terdapat dalam petikan.
- guru membimbing murid-murid menggaris ayat tunggal yang terdapat di dalam petikan
- guru meminta murid-murid membaca ayat tunggal dengan sebutan yang betul
- guru mengedarkan kad ayat tunggal kepada murid-murid dan meminta murid-murid melekatkannya di
  dalam  buku tulis
Bahan Bantu Mengajar
Petikan
LCD
Kad ayat


Langkah 5 ( 10 minit )

Menulis Ayat Tunggal
- guru mengedarkan gambar tunggal kepada murid-murid
- guru meminta murid-murid membina dan menulis lima ayat tunggal berdasarkan gambar
- perkataan yang berkaitan dengan gambar diberikan untuk panduan murid-murid

Bahan Bantu Mengajar
Gambar tunggal
Perkataan
LCD


Penutup
( 5 minit )
Rumusan
- guru membuat rumusan dan berbincang dengan murid-murid tentang nilai murni
- guru meminta murid-murid menyatakan kebaikan bersukan
- guru meminta murid-murid menyebut ayat dengan bersopan

KBKK

Menjana idea

Saturday 15 October 2011

Salam Pertemuan

Selamat bertenu buat semua pelajar PPG PJJ UPSI 2011. Semoga semua sukses dan cemerlang.